Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju
untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja
yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang
lain.
Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan
serasi? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab
tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam
perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun
bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya.
Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.
Jika
anda mendapat lelaki yang okey segala segi, anda sangat beruntung. Hidup
anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda
mendapat lelaki yang tidak okey segala segi, ibarat anda telah
menghampiri neraka dunia?.
Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:
1.Bagaimana agamanya
Jika
dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama,
(terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik
daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan
semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan
terbaik.
Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik,
tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan
untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan
itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.
2.Bagaimana dia melayani ibu bapanya
Seorang
lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah
mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat
dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung
semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah
calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan.
Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.
3.Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda
Jika
dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan ?tidak boleh? sebelum
masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan
dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai
wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk
mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri.
Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.
4.Bagaimana keluarga melayaninya
Jika
boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan
porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak
peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik
terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.
5.Siapa sahabatnya
Untuk
mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk
dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti
serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul
dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.
6.Apakah kegiatan hidupnya
Lantaran
jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan
perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya
pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab
corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa
kegemarannya juga apa wawasannya.
Pastikan dia mempunyai
pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian,
perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang
pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan
teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita
setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan,
pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya,
selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.
7.Lihatlah diri anda sendiri
Lihatlah
diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri
anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya
juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin
hubungan intim dan penuh persefahaman.
Mengenali lelaki
adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta.
Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas
menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin. Lelaki
bagaimanakah yang anda inginkan? Pilih, kemudian tafsir, renung dan
fikir, usah suka, terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.
|
0 komentar:
Posting Komentar