Ciri-Ciri Wanita Yang Jadi Idaman Lelaki
Ciri-ciri
atau sifat pada seseorang wanita itu amat penting untuk si lelaki
memilih anda sebagai calon isteri. Sifat wanita itu sendiri merupakan
satu faktor seseorang lelaki itu jatuh cinta pada anda. Berikut adalah
ciri-ciri wanita yang diidamkan oleh setiap lelaki.
Ciri-Ciri Wanita Yang Diidamkan Oleh Lelaki
Wanita yang lemah lembut dan bersopan santun akan membuatkan lelaki cair melihat setiap pergerakan dan percakapan anda.
2) Pandai Memasak
Yang
ni adalah ciri-ciri yang paling penting sekali yang patut ada pada
wanita. Wanita yang pandai memasak mampu menguruskan rumah tangga dengan
lebih baik. Lelaki juga lebih tertarik dengan wanita yang pandai
memasak ni.
3) Pembersih
Wanita
yang pembersih ni menjadi kegilaan setiap lelaki yang kurang pembersih.
Ini kerana, semua kerja dirumah akan diuruskan oleh anda tanpa dipaksa
oleh si suami.
4) Taat
Wanita
perlulah taat dan tidak melawan setiap percakapan lelaki. Ada kalanya
melawan itu penting jika si jejaka mempelawanya untuk melakukan perkara
yang tidak senonoh dan terlarang.
5) Bersifat keibuan
Secara
jujur, lelaki lebih gemar pada wanita yang mempunyai sifat keibuan.
Sebagai contohnya, suka pada baby dan kanak-kanak, suka memujuk
kanak-kanak menangis, dan sebagainya. Kenapa? sejuk hati seorang lelaki
bila melihat anda peka terhadap alam rumahtangga walaupun anda belum
berumahtangga. Dan itu merupakan salah satu bonus buat anda yang
bersifat keibuan.
6) Jadi pendengar setia dan bukan menjadi pembangkang
Lelaki
juga tidak pernah lari daripada masalah. Masalah yang dihadapi biasanya
akan dikongsi bersama dengan orang yang tersayang dengan harapan
sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dialami. Jika anda ingin
tunjukkan rasa simpati dan ambil berat anda, bagi peluang untuk dia
bercakap dan meluahkan perasaan dia. Jangan sesekali anda bangkang
mereka. Itu hanya memburukkan keadaan. Jika anda tidak speendapat
dengannya, jangan terus membangkang. Lelaki perlu dipuji dahulu beberapa
kali sebelum anda bangkang.
7) Jadi seorang yang berdikari dan tidak mudah putus asa
Lelaki lebih gemar seorang wanita yang kuat semangat dan tidak bergantung pada lelaki. Kadang-kadang sesetengah wanita terlampau manja untuk meminta pertolongan lelaki sedangkan perkara itu mampu mereka lakukan sendiri. Pada awalnya,mungkin lelaki akan tahan kerana cinta, namun jika ia berlarutan, lelaki itu akan merasa rimas yang terlampau dan merasakan wanita itu gedik dan ambil kesempatan. Jadi, wanita boleh meminta tolong lelaki jika betul-betul tidak mampu dan bukannya untuk mengambil kesempatan.
8) Sentiasa berterus terang dan tidak hipokrit.
Sama
seperti wanita, lelaki juga suka wanita yang terus terang dan tidak
hipokrit. Jangan terlampau sempurna di hadapan lelaki semata-mata untuk
menutup kelemahan anda. Lelaki mencintai anda seadanya dan boleh
menerima kelemahan anda. Sentiasa berterus terang tentang sikap anda
yang sebenar. Hal ini lebih disenangi lelaki.
0 komentar:
Posting Komentar